23 November 2021 (Selasa) – Unit Dana Wakaf Pendidikan UTM(UDWPUTM) dan Pusat Islam UTM(PIUTM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Lembaga Tabung Haji Johor iaitu YBgh.Tuan Haji Abu Shukor Bin Jangga. Pengarah Tabung Haji Wilayah Selatan iaitu Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Mokhzani Mukhtar telah melapangkan masa untuk menyambut kedatangan delegasi UTM.