Ahad 26 Disember 2021-Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Dana Wakaf Pendidikan UTM telah dipengerusikan oleh YB SS Dato’ As-Syeikh Ahmad Faizal Timbalan Mufti Johor. Ahli-ahli mesyuarat yang turut hadir iaitu SF Tuan Hj Halid Sono Kadi Besar Negeri Johor, Ustaz Selamat Hashim Ahli Majlis Fatwa Johor, Ustaz Mustapahayudin Pengarah Institut Ahli Sunnah wal Jamaah UTHM, dan Ustaz Ahmad Suhaimi Yahya Ketua Serantau Penasihat Syariah dan Urustadbir CIMB Islamic. Setelah hampir 2 jam 30 minit bermesyuarat, ahli mesyuarat telah bersetuju untuk menyokong 3 cadangan iaitu untuk mengadakan program Hadiah Kecemerlangan Wakaf, program Biasiswa Wakaf dan Pelaksanaan Wakaf Muaqqat (Wakaf Bertempoh).