Projek Wakaf Penapis Air.

Projek Wakaf Mesin Penapis Air Layan Diri

Tujuan  :  Projek ini merupakan inisiatif pihak Unit Dana Wakaf Pendidikan UTM untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat hiliran UTM iaitu Membrane Technology (M) Sdn. Bhd. bagi mewujudkan aset wakaf yang bersifat berpanjangan dan dapat digunakan secara berterusan. Aset wakaf yang dimaksudkan ialah Mesin Penapis Air Layan Diri yang menggunakan teknologi membran yang dibekalkan oleh syarikat Membrane Technology (M) Sdn. Bhd. Aset wakaf ini akan ditempatkan di kolej-kolej kediaman pelajar kampus Johor Bahru.

 

Keperluan Dana : RM168.000.00

Kebaikan Program:

 

Selain dapat membantu menyelesaikan masalah bekalan air bersih, projek berimpak tinggi ini juga dapat menjaga kebajikan pelajar dan warga kampus secara keseluruhannya. Pemindahan ilmu dari penyelidik UTM kepada warga kampus amat berguna bagi membentuk generasi berinovasi tinggi pada masa akan datang.

 

UTM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan menggalakkan kelestarian alam sekitar dan mengamalkan “zero waste” dalam pembuangan sisa pepejal dari bahan seperti plastik. Oleh itu UTM tidak lagi membenarkan penggunaan botol air plastik dan menggalakkan seluruh warganya untuk menggunakan bahan yang boleh diguna semula. Oleh itu inisiatif Projek Wakaf Mesin Air Layan Diri “water dispenser” adalah tepat pada masanya;

 

Projek Wakaf Mesin Air Layan Diri ini juga mengambil iktibar dari kejayaan wakaf yang telah dimulakan sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Ia mengambil inspirasi dari wakaf Saidina Uthman Ibn Affan RA yang telah mewakafkan telaga Rummah di Madinah sebagai punca air minuman bagi penduduk di Madinah. Telaga ini telah menyebabkan tanah kebun di situ menjadi subur dan menghasilkan buah kurma yang bermutu tinggi. Hasil dari jualan buah kurma sebahagiannya telah diagihkan kepada fakir miskin dan anak yatim, manakala sebahagian lagi disimpan sebagai pelaburan untuk pembangunan. Kerajaan Arab Saudi telah membuka akaun atas nama Saidina Uthman Ibn Affan dan menggunakan sebahagian dari pendapatan untuk membeli tanah dan membangunkan hotel di Madinah. Sehingga kini masih ada akaun wakaf atas nama Saidina Uthman Ibn Affan hasil dari pewakafan sumber air tersebut