20hb September 2021-Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kulai mengadakan lawatan tapak bersama Unit Pengurusan Harta Tanah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor dan Perunding Arkitek bertempat berdekatan lokasi Perumahan Desa Bakti. Tujuan lawatan adalah melihat keadaan fizikal dan mengumpul maklumat sebelum kerja-kerja rekabentuk dilakukan oleh perunding.