Tentang Kami

Dana Wakaf Pendidikan UTM

Konsep Dana Wakaf Pendidikan UTM

Dana Wakaf Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (DWP-UTM) ialah program penjanaan dan berlandaskan konsep wakaf am melalui sumbangan dana berbentuk wang tunai dan harta.

Mengikut Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Kementerian Pengajian Tinggi telah menyasarkan Universiti Awam (UA) untuk menjana pendapatan sendiri bagi menampung keperluan kewangan universiti. UTM sebagai sebuah Universiti Awam sedang melaksanakan berbagai strategi untuk meningkatkan pendapatan sendiri dari pelbagai sumber alternatif agar dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah melantik UTM sebagai Nazir Khas DWTP-UTM pada 26 Julai 2016 melalui suratnyaBil. (13) dlm. MAINJ (WKF) 6/19-(3) dan Pejabat Wakaf UTM beroperasi sepenuhnya pada April 2017.

Objektif

  • Menyediakan alternative kepada masyarakat untuk melakukan ibadah wakaf
 
  • Mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk melaksanakan pengumpulan dana wakaf dan pengagihannya kepada penerima (Mawquf Alaih) yang layak mengikut hukum syarak.
 
  • Menyediakan biasiswa kepada penerima (Mawquf Alaih) terpilih sebagai alternative kepada skim-skim bantuan Kewangan yang sedia ada.
 
  • Menyediakan dana kepada pihak berkaitan bagi tujuan penyelidikan, konsultansi,pembanguanan makmal, penyediaan tesis dan lain-lain.

Manfaat Wakaf

  • Biasiswa
  • Bantuan Kewangan
  • Kerusi Akademik
  • Kemudahan Pengajaran, Pembelajaran dan Penyelidikan