5 Januari 2022 – Perjanjian penyewaan Kafe Kontena Wakaf telah berjaya ditandatangani bersama pihak pengusaha yang baharu.
Pengusaha akan menjual makanan bermula dari sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Antara menu yang akan disajikan ialah Roti Canai, Kacang Pol, Roti Titap (Roti yang disediakan bersama Telor Separuh Masak), Nasi Lemak Ayam Crispy, Nasi Ayam, Goreng Pisang Crispy dan sebagainya.