13 Disember 2022 – Mesyuarat pertama Lembaga Pengarah Dana Wakaf Pendidikan UTM telah diadakan semalam bertempat di Dewan Senat UTM dan mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid.

Turut sama menghadiri mesyuarat adalah Ahli Lembaga Pengarah Wakaf UTM seperti SS YB Dato’ Haji Yahya Ahmad, Mufti Johor dan YB Dato’ Dr Nooh Gadot, Penasihat MAINJ.

Selepas mesyuarat tersebut, Wakaf UTM juga berjaya melangsungkan beberapa acara sampingan iaitu penyampaian replika kunci Van Jenazah sumbangan wakaf beserta penyampaian mock cheque Agihan Hasil Pelaburan Dana Wakaf Pendidikan berjumlah RM6,916.75.