13 April 2023 – Satu acara ringkas telah diadakan pada pagi ini bagi penyampaian sumbangan manfaat Wakaf sempena Aidilfitri 1444h kepada pelajar UTM dibawah kategori B40. Bertempat di Dewan Al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail, program ini mensasarkan bantuan kewangan sebanyak RM200 seorang bagi 40 orang mahasiswa/mahasiswa UTM yang terpilih. Manfaat ini merupakan peruntukan kewangan hasil dari pelaburan dengan menggunakan sebahagian daripada 30 peratus bahagian agihan pelajar.