TABUNG DANA WAKAF PENDIDIKAN
Sebuah program penjanaan dana berlandaskan konsep Wakaf Am melalui sumbangan dana secara tunai dan harta dimana pewakaf mewakafkan ia ke Dana Wakaf Pendidikan UTM sebagai pemegang amanah dengan niat kerana Allah SWT dan juga bagi tujuan kemajuan dan kepentingan pembangunan mahasiwa/mahasiswa berilmu sejagat.
TABUNG PEMBANGUNAN SEKOLAH AGAMA UTM
Sebuah projek kolaborasi di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk membangunkan Sekolah Agama Wakaf ulung oleh universiti awam tempatan di Malaysia.
Pembangunan sekolah ini akan dilaksanakan diatas tanah seluas 3 ekar dalam UTM.
PROJEK WAKAF MESIN PENAPIS AIR
Mesin Penapis Air oleh Wakaf UTM adalah bertujuan untuk menyediakan sumber air minuman yang bersih, suci dan murah kepada pengguna khususnya mahasiswa/mahasiswi di sekitar UTM.
Mesin ini juga menggunakan teknologi membran yang diinovasi oleh UTM tersendiri oleh AMTEC UTM.
PROJEK WAKAF MESIN HEMODIALISIS
Perkhidmatan Mesin Hemodialisis antara salah satu servis kritikal yang ditawarkan oleh Pusat Kesihatan UTM. Berikutan mesin hemodialisis sedia ada yang semakin uzur dan kerapkali mengalami kerosakan, projek ini dibuka sebagai satu inisiatif bersama PKUTM untuk menyediakan aset baru untuk kegunaan ramai.
Penambahan mesin baharu akan dapat meningkatkan kualiti dan waktu rawatan melalui pelaksanaan rawatan yang lebih efisyen. Malah dapat meningkatkan kadar pesakit berpeluang untuk menerima khidmat ini.
PROJEK WAKAF MESIN CETAK BRAILLE EMBOSSER
Projek ini menyediakan platform untuk orang ramai untuk sama-sama menyumbang kearah pembinaan ekosistem membaca inklusif bagi OKU penglihatan.
Melalui sumbangan dana yang mencukupi, pembelian Mesin Cetak Braille Embosser yang bakal ditempatkan di perpustakaan UTM akan dapat melancarkan proses penerbitan bahan bacaan braille yang kos efektif, efisyen dan bersesuaian bagi OKU penglihatan.
PROJEK WAKAF PEMBANGUNAN STUDIO SENIBINA FABU
Sebuah projek kerjasama antara Unit Dana Wakaf Pendidikan UTM bersama Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) yang bertujuan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan setaraf keperluan terkini.
Dalam masa yang sama, setiap sumbangan melalui sumbangan mensasarkan penaiktarafan dan kemudahan baru untuk kegunaan para pelajar.
BERWAKAF SECARA POTONGAN GAJI (STAF SAHAJA)
Bayaran Tunai
Potongan Gaji Bulanan
Cek di atas nama BENDAHARI UTM
- Sertakan sekali “Wakaf UTM” sebagai rujukan penerima
Deposit ke Akaun Bank UTM
- URL: ecommerce.utm.my/ecommerce
- Code no: UTM0233