Dana Wakaf Pendidikan UTM

Manfaat generasi masa depan

Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM

Konsep Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM

Program Penjanaan dana berlandaskan konsep Wakaf Am melalui sumbangan dana berbentuk tunai dan harta di mana pewakaf mewakafkannya ke Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM sebagai pemegang amanah dengan niat kerana Allah S.W.T dan juga bagi tujuan kemajuan dan kepentingan ilmu sejagat.

 

Objektif

    • Menyediakan alternative kepada masyarakat untuk melakukan ibadah wakaf
    • Mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk melaksanakan pengumpulan dana wakaf dan pengagihannya kepada penerima (Mawquf Alaih) yang layak mengikut hukum syarak.
  • Menyediakan biasiswa kepada penerima (Mawquf Alaih) terpilih sebagai alternative kepada skim-skim bantuan Kewangan yang sedia ada.
  • Menyediakan dana kepada pihak berkaitan bagi tujuan penyelidikan, konsultansi,pembanguanan makmal, penyediaan tesis dan lain-lain.

Cara Menunaikan Wakaf
  • Bayaran Tunai

  • Potongan Gaji Bulanan

  • Deposit ke Akaun Bank UTM

    • URL: ecommerce.utm.my/ecommerce
    • Code no: UTM0233
  • Cek di atas nama BENDAHARI UTM

    • dengan sertakan sekali “Wakaf UTM” sebagai rujukan penerima.

Manfaat

  • Biasiswa
  • Bantuan Kewangan
  • Kerusi Akademik
  • Kemudaha Pengajaran, Pembelajaran dan Penyelidikan

Hubungi Kami

Dana Wakaf Pendidikan UTM,
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan),
UTM Johor Bahru,Johor.

Call : 07-553 1131   •  Email : wakaf@utm.my  •   Facebook : Wakaf Utm

Wakaf & Endowment

 

 

Sumber Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM

 

Ilustrasi Transaksi Wakaf Tunai di Universiti Awam

Dari Abu Hurairah ra. Bahwa Rasulullah SAW bersabda :
“apabila manusia meninggal dunia, terputuslah (pahala)amal perbuatannya, kecuali tiga perkara : SHADAQAH JARIYAH (WAKAF), ilmu yang bermanfaat, dan anak shaleh yang mendoakan orang tuanya.
(HR.Muslim dan al-Tarmidzi).