Ahad 10 Februari 2019. Alhamdulillah Pejabat Wakaf UTM telah dapat mengadakan satu mesyuarat yang amat bermakna iaitu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf UTM Bil. 1/2019 yang telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Naib Canselor UTM. Terima kasih YBhg Datuk yang sentiasa prihatin dan memberikan sokongan kuat kepada Pejabat Wakaf bagi menyempurnakan amanah yang mulia ini. Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat. Nasihat dan teguran semuanya amat dihargai.
Pada sebelah petang pula telah diadakan mesyuarat Jkuasa Teknikal Wakaf untuk memastikan segala aktiviti wakaf dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.