TUJUAN : A)  Membina suatu sistem penyaman udara berpusat di Masjid UTM Kuala Lumpur bagi kegunaan staf dan masyarakat setempat di kawasan sekitar dalam meningkatkan keselesaan Jemaah masjid terutamanya dalam memberi kepuasan dalam menunaikan solat disamping memberi keselesaan ketika majlis keagamaan dijalankan. Pendingin hawa yang sedia ada sudah melebihi tempoh 10 tahun dan melibatkan kos penyelenggaran yang sangat tinggi.

 

 

B)  Bagi pembinaan dewan serbaguna di Masjid UTM Kuala Lumpur pula, ia akan memberikan prasarana yang lengkap bagi tujuan memberi kemudahan yang optimum dari segi penggunaan ruang masjid untuk melakukan pelbagai aktiviti dan program kepada staf dan masyarakat setempat.

 

 

KEPERLUAN DANA : RM878,000.00

 

 

KEBAIKAN PROGRAM : Projek Wakaf sistem penyaman udara berpusat di Masjid UTM Kuala Lumpur ini adalah amat penting bagi memberi keselesaan kepada pengguna dan Jemaah masjid khususnya dalam menunaikan ibadah solat berjemaah. Sistem Penyaman Udara Berpusat yang dicadangkan dapat meningkatkan kecekapan penggunaan eletrik dan menjimatkan masa dan kos penyelenggaraan. Ia juga dapat meningkatkan kecekapan pengendalian dan pengurusan aset masjid kerana ia boleh dikawal melalui suis yang berpusat dan mudah untuk disesuaikan mengikut jumlah kehadiran jemaah.  Bagi pembinaan Dewan Serbaguna di Masjid UTM Kuala Lumpur pula, suatu impak positif dapat dicapai melalui konsep teras fardhu ain dan fardu kifayah dengan menyediakan ruang untuk melakukan Kelas mingguan pengajian al-Quran kanak-kanak, Kelas harian pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain bagi golongan dewasa dan program seminar atau khursus. Dewan Serbaguna juga akan digunakan untuk tujuan Majlis Akad Nikah yang mempunyai kemudahan yang diperlukan dan rekabentuk dalaman yang sesuai.

 

 

firman Allah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud : –

 

 

﴿ لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ‌ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬﴾

 

 

سورة آل عمران : ۹۲

 

 

Mafhumnya:-

 

 

“ Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

 

 

 Surah Ali Imran – Ayat 92