Projek Wakaf Karpet Masjid Sultan Ismail UTM.
Tujuan:
Menggantikan karpet Masjid Sultan Ismail UTM.
Keperluan Dana:
RM500 ribu.
Kebaikan Program:
Mahukah anda mendapat pahala secara berterusan dari setiap ahli Jemaah masjid setiap kali mereka menunaikan solat, membaca al-Quran, berwirid dan beriktikaf di masjid? Setiap sumbangan wakaf anda akan mendapat ganjaran pahala secara berterusan.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah, samada kecil atau besar, pastilah Allah akan membina untuknya sebuah rumah (istana) di syurga”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
