Projek WakafSekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (Kampus UTM Skudai).

Tujuan  :  Membina bangunan serta kelengkapan prasarana Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dalam kampus UTM bagi kegunaan anakstaf dan masyarakat setempat.

Keperluan Dana : RM5 juta.

Kebaikan Program:

Pembangunan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor didalam kampus UTM adalah bagi memastikan pendidikan fardhu ain dapat diberikan secara percuma dan dalam persekitaran yang kondusif, serta kekal relevan dengan  kehendak semasa. Untuk itu mesyuarat Lembaga Pengarah UTM telah meluluskan pewakafan tanah universiti seluas 3.5 ekar bagi tujuan pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. Bagi merealisasikan hasrat murni ini dana wakaf amatlah diperlukan.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya” (Hadis riwayat Muslim).

 

Sekolah Agama KerajaanNegeri Johor (Kampus UTM Skudai) bakal melahirkan anak soleh yang mempelajari ilmu yang bermanfaat dan yang seterusnya menjadi generasi pewakaf di masa hadapan. Oleh itu pembangunan Sekolah Agama KerajaanNegeri Johor ini melengkapkan ketiga-tiga elemen wakaf yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.

Sila Lihat Disini

Bangunan Sekolah Agama UTM (SAUTM) yang dirobohkan  telah berusia 30 tahun dalam keadaan daif, uzur dan tidak selamat untuk digunakan terutama tingkat atas bangunan Blok A SAUTM. 

Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor didalam kawasan UTM yang dirancang akan dibina dengan suasana yang selesa, selamat dan kondusif dapat tercapai