Projek Wakaf Van Jenazah UTM

Tujuan  :  Projek Wakaf Van Jenazah UTM membeli dua (2) unit Van Jenazah untuk kegunaan warga UTM dan masyarakat  setempat.

Keperluan Dana : RM282.000.00

Kebaikan Program:

Pembelian dua (2) unit Van Jenazah yang baharu adalah bagi menggantikan Van Jenazah sedia ada di Universiti yang telah berusia lebih 10 tahun. Pada masa sekarang hanya ada sebuah Van Jenazah dan dicadangkan supaya ia dilupuskan atau diinfaqkan kepada masjid atau surau yang memerlukan.

Pembelian 2 unit Van Jenazah yang baru diperlukan berikutan dengan pertambahan jumlah staf dan pelajar yang aktif di dalam kampus. Di mana ia tidak mampu menampung keperluan sekiranya berlaku kematian serentak dan apabila berada jauh dari kawasan Universiti.Van Jenazah dengan perbelanjaan sebanyak RM282,000.00.\

Rasulullah SAW telah menjelaskan ganjaran pahala yang besar untuk mereka yang mengerjakan solat jenazah dan kemudian mengiringi jenazah ke kubur. Di mana mereka dijanjikan akan memperolehi ganjaran pahala sebesar 2 qirat dan satu qirat menyamai gunung Uhud. Ini menunjukkan betapa besar ganjaran orang yang mengiringi jenzah ke kubur. Ini sebagaimana hadis baginda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللََِّّ صَلَّى اللََُّّ عَ لَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اتَّبَعَ جَ نَازَة مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا فَإِنَّه

يَرْجِعُ مِنْ الْْجَْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أحُُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ

قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa mengiringi jenazah seorang muslim (ke kubur), kerana iman dan mengharapkan balasan hanya dari Allah (ikhlas) dan dia bersama jenazah tersebut ketika disolatkan dan sehingga selesai dikuburkannya, maka dia pulang dengan membawa pahala sebesar dua qirat, setiap qirat setara dengan gunung Uhud (satu pahala yang besar). Dan barangsiapa mengerjakan solat jenazah dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qirat”. (HR Bukhari No: 45)

Sehubungan dengan itu pastilah besar juga ganjaran untuk mereka yang dapat menyediakan kenderaan seperti Van Jenazah bagi kegunaan menghantarkan jenazah ke kubur. Disebabkan itu, Unit Dana Wakaf Pendidikan UTM mengajak warga kampus dan masyarakat secara keseluruhannya untuk turut menyumba